Menyediakan Khidmat Rawatan Sihir, Gangguan Saka, Gangguan Makhluk Halus, Histeria, Masalah Rumahtangga/ Anak Bermasalah, Pelembut/ Penerang Hati Serta Menyediakan Perkhidmatan lain Seperti Bekam Sunnah Al-Hijamah [Bekam Angin + Bekam Darah], Bekam Muka Berjerawat, Rawatan Resdung, Urut Refleksologi [lelaki & wanita], Urut Tradisional & Mandi Bunga [wanita shj]. Hubungi:- Perawat/ Muallij: Sdr Nasa 017-7170534, Tukang Urut, Pembekam Wanita: Pn. Ida 012-2354825.


Isnin, 31 Oktober 2011

Rawatan Bekam Penyakit Kulit Kaki















Sedikit perkongsian rawatan bekam..bertujuan untuk menggalakkan masyarakat islam khususnya..lebih2 lagi yang berbangsa melayu mencuba kaedah berbekam yang sudah terbukti dengan penyembuhan disusuli dengan terapi ayat2 suci, doa Kepada ALLAH SWT.
Pesakit ini telah mendapatkan rawatan bekam pada malam 28/10/2011, dimana hampir 2 minggu beliau telah menghidapi kudis dan bernanah disekitar permukaan kedua belah kaki..sebelum beliau mendapatkan rawatan bekam, beliau telah mendapatkan rawatan diklinik berhampiran, menurut doktor beliau ada masalah dengan alergic pemakanan, walaupun beliau mengawal cara pemakanan, menyapu ubat dan menyambil ubat namun belum ada tanda kesembuhan malah bertambah kudisnya..

Setelah tidak tahan dengan kegatalan pada permukaan kaki bapanya telah menghubungi saya secara temujanji untuk rawatan..Sebelum ni pun bapanya telah mendapatkan rawatan bekam akibat penyakit berkudis dibahagian kaki..Dengan izin ALLAH setelah 4 hari penyakitnya sembuh..Disusuli dengan air penawar dan saranan minyak habbatus sauda disapu pada kudis2..

Saya bertanya kenapa lambat untuk membawa anaknya datang Berbekam..Menurutnya atas kesibukan masanya bekerja..

Ini adalah rawatan pertama yang saya lakukan dan sedikit nasihat serta panduan penjagaan kesihatan..lihat bagaimana darah berbuih buih keluar...InsyaAllah sesi rawatan kedua dalam minggu ini..jika Pesakit hadir..InsyaALLAH..Kesembuhan itu Milik ALLAH SWT.

Ahad, 30 Oktober 2011

CER TENGOK NI

CER TENGOK NI!!!....APA YANG ANDA BOLEH TERJEMAHKAN....

Pesakit ini mengalami masalah jerawat..kulit selalu gatal dan terasa miang..masalah kulit muka berparut kesan kemalangan beberapa thn lepas..cuba lihat darah kotor yang keluar didalam cup tersebut..Proses sedutan dilakukan antara 2x-4x tanpa meninggalkan kesan yang ketara..kesan bekam akan hilang antara 2-4hari sahaja..dimana kawasan yang telah dibekam akan disapukan minyak Habbatus sauda/minyak zaitun...

Khamis, 27 Oktober 2011

TERAPI BEKAM RASULLAH +THIBBUN NABAWI

POINT BEKAM THIBBUN NABAWI - UMMU MUGHTIS (Kepala)
Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa : "Nabi Muhammad SAW pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan UMMU MUGHTIS"Point tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk mengatasi penyakit Angin Ahmar,Hipertensi,Pening Berpusar,Migrain dan juga Sihir.

POINT BEKAM THIBBUN NABAWI -QUMAH DUWAH (Tengkuk) DAN BEKAM BELAKANG KEPALA
Sabda Rasulullah SAW "hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur,meningkatkan daya ingatan,sakit kepala,sakit bahu dan kerongkong.
POINT BEKAM BAHU THIBBUN NABAWI

Bermanfaat untuk penyembuhan lenguh2/sakit dikawasan bahu, tengkuk, juga berbekam dikawasan tersebut mampu mengurangkan penyakit dengkur, lelah/asma.





POINT BEKAM BADAN THIBBUN NABAWI
Bermanfaat untuk kesembuhan pada anggota kawasan badan seperti kerap lesu,sakit pada rusuk bahu, lenguh dimana apabila dibekam dikawasan tersebut secara tidak lansung ia melancarkan peredaran darah tubuh badan disamping membuang darah kotor termasuk angin yg menyebabkan badan menjadi tidak sihat, juga mampu mengawal penyakit darah tinggi, lemah jantung dan penyakit2 lain kerana disebabkan darah kotor yang tersimpan dalam lapisan kulit menyebabkan pelbagai penyakit hadir dlm tubuh kita.
BEKAM PINGGANG THIBBUN NABAWI
Bermanfaat untuk peenyembuhan sakit dibahagian pinggang yang kadangkala pinggang terasa berat semasa hendak bangun atau semasa melakukan kerja harian, ia juga bermanfaat untuk mengelakkan dari penyakit2 lain.




BEKAM PERMUKAAN LUTUT DAN PELIPAT LUTUT THIBBUN NABAWI

Bermanfaat untuk penyembuhan penyakit sakit sakit lutut, lenguh, terasa kebas kebas, dan baik untuk penyembuhan sakit gout, kencing manis,kaki terasa mencucuk2.. juga pada yang sihat digalakkan berbekam..




BEKAM DI KAWASAN BETIS THIBBUN NABAWI

Bagi yang ada masalah sakit kaki kebawah atau penyakit lain yang sudah disahkan oleh doktor maka kaedah bekam adalah yang terbaik disamping dimana ini adalah kawasan salah satu titik bekam untuk penyembuhan pelbagai penyakit terutama dibahagian kaki..


BEKAM DIBAHAGIAN BUKULALI THIBBUN NABAWI
Dikawasan ini adalah salah satu titik penting yang mesti dibekam pada setiap pesakit yang ada masalah gout, kebas kaki, tatap kaki, kaki terasa berat, sakit semasa memijak atas lantai apabila kulit kaki bersentuhan lantai, terasa mencucuk cucuk.maka disarankan berbekam dikawasan pinggang kebawah.

BEKAM DIKAWASAN MUKA THIBBUN NABAWI
Bagi yang masalah jerawat, terasa gatal dibahagian kulit muka, kulit mudah rosak maka kaedah bekam adalah yang paling baik dimana bahan kotor seperti toksin/toksid/darah kotor akan disedut keluar yang kadangkala akan keluar berbuih buih atau bercampur darah serta lendir.


BEKAM DIATAS PELIPIS MATA THIBBUN NABAWI

Kepada yang ada masalah daya penglihatan, silau semasa memandu diwaktu malam, terasa kabur boleh mencuba kaedah bekam yang terbukti banyak memberi manfaat.






BEKAM SELURUH ANGGOTA TUBUH












Samada golongan Tua Muda yang sihat atau yang mengalami/menghidap penyakit digalakkan berbekam, kerana Nabi Muhammad sendiri menggalakkan umatnya berbekam, kerana dengan berbekam mampu menyembuhkan 72penyakit.

Rabu, 5 Oktober 2011

RAWATAN BEKAM UNTUK PENYAKIT GOUT
















Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout. Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

-Serangan akut (tiba-tiba).
-Serangan kronik yang berpanjangan
.


Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

RAWATAN PENYAKIT ASMA

Berbekam adalah salah satu rawatan untuk penyakit asma, 1 minggu lepas saya didatangi pesakit wanita dalam lingkungan 50an, beliau mempunyai pelbagai penyakit kronik antaranya ialah asma yg teruk, lelah, sakit kaki serta kencing manis, keadaan beliau saya lihat amat kasihan dalam keadaan lelah dan sakit kaki dimana beliau sukat duduk atas lantai dan membuat kerja harian serta menunaikan ibadah. Beliau telah mendapatkan rawatan di banyak tempat tetapi ALLAH masih belum mengurniakan kesembuhan..samaada hospital, klinik atau perubatan tradisional mahupun secara islam.Saya menyarankan agar beliau mendapatkan rawatan bekam kerana beliau seumur hidup tidak pernah dibekam.

Saya memulakan rawatan dengan Doa dan disusuli ayat tertentu dalam proses rawatan dan disusuli rawatan bekam dibahagian kaki, belakang badan dan di dada..rawatan bekam ini dilakukan oleh isteri saya selaku pembantu..

Dengan izin ALLAH SWT selepas 2x menjalani rawatan termasuk air yang dijampi, doa2 tertentu serta amalan minum minyak zaitun penyakit ASMA,LELAH DAN SAKIT KAKI beliau telah berkurangan..dimana suami beliau menelefon bahawa isterinya semakin sembuh dengan izin ALLAH SWT.

Hubungi saya Muallij Nasa 017-7170534/Pn Ida 012-2354825

76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM




76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM (KAEDAH SUNNAH NABI S.A.W)
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka
"KITA HANYA BERIKHTIAR ALLAH YANG MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT KECUALI MATI"

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH/BEKAM SUNNAH

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH/BEKAM SUNNAH

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah

Rawatan Secara Buang Lendir, Bekam lilin dan Rawatan Bekam






















TANDA-TANDA RESDUNG
* Gatal-gatal di hidung dan lubang telinga

* Gatal-gatal di tekak, langit-langit dan lidah

* Gatal-gatal pada mata dan berair

* Gatal-gatal pada kulit kepala serta rambut gugut

* Hidung akan berair dan meleleh

* Miang di seluruh badan* Bersin, sakit kepala dan migrain

* Pecah kuku atau makan cekam

* Jerawat batu dan jerawat biasa

Rawatan secara buang lendir atau gurah termasuk bekam lilin dan dibekalkan sabun herba caj rawatan RM25

Rawatan secara bekam untuk mengeluarkan darah kotor/toksin/toksid dan miang gatal dimuka caj rawatan RM20-RM30

bekam muka ini adalah sesuai untuk lelaki &wanita yang mengalami kulit muka bermasalah dan juga penyakit resdung. Pesakit disyorkan datang seminggu sekali sebanyak 3x sesi untuk mendapat kesan kesembuhan yang maksimum

Rawatan Kaedah Bekam

Kebaikan dan Kegunaan Bekam

Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:

1. Membuang angin dalam badan
2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan
3. Melancarkan peredaran darah
4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia, Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW. Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Mohammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung didalam pengamalan ini.

LILIN RESDUNG HERBA + SERBUK GHURAH

LILIN RESDUNG  HERBA + SERBUK GHURAH
Lilin Herba RM110/50pcs & Serbuk Ghurah [cuci suara & rawat resdung] RM70.00/1 Botol

WANGIAN KASTURI AS'SYIFA-IKHTIAR PENANGKIS GANGGUAN JIN DAN SANTAPAN ROHANI DAN JASMANI

WANGIAN KASTURI AS'SYIFA-IKHTIAR PENANGKIS GANGGUAN JIN DAN SANTAPAN ROHANI DAN JASMANI
[Kasturi Kijang Asli & Zaffran RM15.00/ 1botol] [Kasturi Putih/Susu/Hitam RM15.00/ 1 Botol]

Garam Bukit Aromaterapi [Ikhtiar Perubatan Alternatif]

Garam Bukit Aromaterapi [Ikhtiar Perubatan Alternatif]
1 Bekas RM20.00 [semenanjung] RM15 [ sabah & sarawak] Shj Tidak termasuk Poslaju.

Sabun Terapi Bidara

Khasiat Sabun Terapi Bidara

[Ikhtiar Perubatan Islam dalam menangani masalah gangguan jin/sihir/saka/histeria/lemah semangat/anak menangis/meningkatkan Aura Seri/Pulih Jodoh/Menarik Kerezekian]keterangan lanjut sila layari http://perawatsihir.blogspot.com/































Set Lengkap Rawatan Resdung/Ghurah

Set Lengkap Rawatan Resdung/Ghurah
Set ini mengandungi Sebuk Ghurah untuk mengeluarkan lendir resdung/ 4 batang liling menyedut hama dipermukaan kulit/ 1 buku sabun herba/1 kotak kapsul herba RM90.00 [ Tidak termasuk Poslaju]

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes