RAWATAN BEKAM KE ATAS PESAKIT MENGHIDAPI GOUT-AL HIJAMAH Pesakit ini telah menderita gout bertahun lamanya.rawatan ini adalah yang kedua, sebelum ni beliau mendapatkan rawatan tahun 2010 semasa bulan ramadhan.semasa itu keadaan beliau yang bertongkat dengan kedua belah kaki yang telah bengkak dan sembab sanggup datang kerumah penulis untuk mendapatkan rawatan, sebelum ini apa yang beliau amalkan adalah dengan makan ubat doktor. Apa yang penulis bangga dengan pesakit ini beliau ingin ikhtiar dengan rawatan alternatif iaitu bekam hijamah, kerana beliau ada juga mendengar kebaikan bekam hijamah ini.
Alhamdulillah selepas bekam malam itu, keesokannya sakit tersebut berkurangan, lutut yang bengkak dan sembab berkurangan.Malam tadi beliau meghubungi penulis untuk mendapatkan rawatan ulangan. penulis lihat beliau tidak menggunakan tongkat lagi sejak lepas bekam yang pertama.Penulis sarankan beliau kerap berbekam 3x sebulan dan 3x setahun untuk memaksimumkan pengeluaran sisa lebihan zat besi, toksin/toksid, asid urik dan darah kotor agar penyakit tersebut berkurangan, Sekurang2nya kita berusaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan disamping amalan makanan harian perlu dikawal dan mengambil makanan sunnah &herba tradisional untuk penjagaan kesihatan.
Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)
Sila hubungi penulis untuk mendapatkan rawatan bekam sunnah/alhijamah, Rawatan Gangguan, Rawatan Resdung, Urut Refleksology-Muallij Nasa 017-717 0534 atau Rawatan Urut Tradisional Wanita, Bekam Untuk Wanita Pn Ida 012-235 4825
0 comments:
Catat Ulasan